Sunday, January 11, 2009

MY NEW LIFE

Sebenarnya banyak benda yang aku nk tulis..terlalu banyak. Terutama tentang kehidupan yang aku lalui sekarang ni. Banyak benda baru yang aku lalui.. Tapi aku belum punya kesempatan nak coretkan kesemuanya. Nanti lah..bila aku betul-betul ada masa aku akan menulis.
Apa yang bezanya..hidup aku dulu hanya sorang..peneman setia aku hanyalah MY PC.. Tapi sekarang..hidup aku dikelilingi oleh ramai orang. Aku senang..sebab hari-hari yang aku lalui penuh dengan senyuman. Itu yang aku nak..Tapi hidup sebagai manusia ni tak selalunya sempurna..kadang-kadang aku rasa terlalu DOWN sampai aku rasa nak tido terus..tak nak bangun..aku x makan..mahu pun minum..
Sekarang ni baru aku sedar yang aku terlalu lemah dalam mengawal emosi..aku perlu banyak belajar lagi..belajar dari orang-orang disekeliling aku..xpe..pelan-pelan kayuh..yang penting..belajar dari kesilapan..

Sunday, January 4, 2009

WELCOME 2009

HEPY NEW YEAR 2009 TO ALL BLOGGERS..!

Wednesday, December 10, 2008

DENDAM?

Kata seorang sahabat, "Biarlah orang buat kita, tapi kita jangan buat orang." Aku pegang kata-kata itu. Tapi bila tanpa sedar aku seakan ingin membalas semula segala kejahatan dan perbuatan orang lain, aku terdorong oleh rasa bersalah yang cukup menebal. Melukakan hati orang yang pernah melukakan hati aku dan keluarga aku. Itukan adil namanya. What you give you get back! Tapi aku menyesal. Maafkan aku.. Lidah yang lembut ini sebenarnya cukup tajam. Aku tak sengaja. Bukan aku biadap mahupun bersikap kurang ajar tapi perbuatan 'kalian' buat aku hilang rasa hormat. Please respect my family!! Kata kak long, masa kita susah siapa pun tak peduli, tapi bila kita senang semua orang nak mengaku saudara.. Aku mahu lihat adakah ini bakal terjadi..

Bukan mahu mendabik dada ataupun bermegah. Ya Allah, jauhilah aku dari sikap buruk seperti itu. Tapi, aku sudah cukup sabar dengan semua yang berlaku selama ini. Mungkin 'kalian' terlupa bahawa hidup ini ada hukum karma. What goes around comes around. Aku tak nak berdendam. Biarlah masa dan keadaan yang tentukan. Percayalah bahawa Allah mengetahui segala-galanya..

Aku berdoa pada Allah semoga hati aku tidak sekeruh hati 'kalian'.. Dan, aku tetap terus berpijak dibumi Allah ini dengan penuh rasa rendah diri..

Friday, November 28, 2008

MY WEDDING :)

erk..kene tag plak..time kaseh la ros sbb tag aku..huhu..berpeluh gak la aku nk menjawap nye..



1. How old are you
:: 23 tahun, 8 bulan

2. Are you single?
:: single n available.. (aku market ni..haha ;p)

3. In what age do you think you'll get married?
:: target dlm 25..tp thn depan kalo org tnya maybe aku ckp 26 plak..haha

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
:: i'm wif nobody rite now..huhu

5. If not, who do you want to marry?
:: dgn some1 yg jujur mencintai aku

6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
:: garden wedding..impian aku dr dl. traditional pon bleh. depends on badget ;p

7. Your ideal motif?
:: simple tp menarik..xyah la crowded sgt

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
:: phuket @ tioman..

9. How many guests do you think you'll invite?
:: nk jemput sume org..sape nk dtg sila la dtg

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
:: simple2 dah la..lain la kalo aku kawen ngn anak raje ;p

11. Do you want the traditional vows or something you'd make up on your own?
:: erm...nk pkir jap

12. How many layers of cake do you want to have?
:: mak cik aku ckp nk sponser kek 2 tingkat kalo aku kawen..maybe aku mintak tambah 1 tingkat lg kot ;p

13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
:: umah aku..baru terasa..hehe

14. When do you want to get married; evening or morning?
:: evening ler

15. You'd rather have your reception outdoors or indoors?
:: both

16. Do you like a grand entrance for your groom?
:: mesti..haha..xde lah..asalkan cantik dah ler

17. Name the song/tune you'd like to be played at your wedding
:: love songs (wajib tau) & lagu selamat penganti baru..(sekali cukup..haha)

18. Do you want a solemn ceremony or a light one?
:: mana2 pon xpe

19. Describe your ideal husband/wife.
:: jujur mencintai & menyayangi aku, bleh jadik ayah yg baik utk anak2 aku, tau t/jawap sebagai ketua keluarga, jgn sesekali menipu aku..pantang! ckit2 xpe. kira cm bohong sunat la ;p

20. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
:: pakai tgn la senang nk mkn

21. Champagne or red wine?
:: xleh..dosa..haha..nk air buah bleh..haha

22. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
:: days after the wedding la. x lari gunung dikejar..sabar.. ;p

23. Money or household item?
:: both...

24. Who will pay for the bills?
:: kongsi bleh?? ;p

25. Are you ready for married life?
:: skrg ni blum lg kot..sbb aku rasa terlalu muda..ahaks :)

26. Will you always be true to your husband/wife?
:: yup..insyaAllah..die pon same..fullstop!

27. How many kids do you like?
:: 4..tp depends gak rezeki Allah nk bg bope

28. A new house for a newly wed or an old one?
:: kalo dah ada watpe nk beli baru..bersyukur la dgn apa yg ada

29. Will you celebrate silver wedding, gold wedding or diamond wedding?
:: kalo tnya aku mesti la nk diamond wedding..haha..bt apa mbazir..silver pon ok what

30. What kind of cuisine would you like for your wedding?
:: kampung style

31. Will you record your honeymoon in a CD or DVD?
:: record yg mana bleh record je..yg lain2 NO!! haha ;p

32. Whose wedding plans would you like to know next?

1) Anoy

2) Zeme

3) Thafiexq (anda sudah ditag sebenarnya di page Rosmalina, tp aku nk tag ko gak..haha..sila la jwp ;p)

Monday, November 17, 2008

LOVE IS CINTA



Love is not about finding the right person,
but creating a right relationship,
it’s not about how much love you have in the beginning,
but how much love you build till the end..


Am i rite??

Friday, November 14, 2008

UJIAN TUHAN

Aku tahu tuhan sedang menguji aku.. Bila sesuatu yang aku lakukan tak menjadi, ditambah dengan kesihatan yang kurang baik sejak akhir-akhir ini, dan...hubungan yang tak pernah kekal lama. Dah lama aku sedar yang hubungan cinta aku tak pernah bertahan seperti insan lain.


Tapi, aku yakin pada diri bahawa tuhan akan memberikan sesuatu yang lebih baik..


InsyaAllah..

Friday, November 7, 2008

UNSTABLE..

Aku tahu dalam hati itu ada kekesalan yang menebal. Tapi rasa sesal itu tak mampu untuk melawan rasa marah dan kecewa yang mendalam ni. Hati aku cukup remuk dengan pengakuan yang mungkin sudah aku jangka. Tapi bukan dengan cara yang semudah itu. Seperti tidak ada sikit pon rasa bersalah. Seperti sesak dada ni..seperti terhenti denyutan jantung yang tadinya berdegup kencang. Sandiwara apakah ini??

Ungkaplah seribu kemaafan sekali pon. Semua itu x mampu untuk melembutkan hati yang marah ni. Marah, Kecewa, Kesal, dan Bodoh..semuanya bercampur..sesak memenuhi hati.

Tapi, semuanya aku telan. Inilah lumrah kehidupan. Mungkin itu sajalah yang mampu untuk memujuk hati aku tika ini agar terus tabah. Berjalanlah tanpa henti..

Yang pasti semuanya sudah berakhir..